logo
Bahasa
  • ms
  • en
  • Log Masuk
  • Pendaftaran
  • UTAMA
  • MENGENAI CISM
    • Sejarah
    • Meja Bulat Integriti Korporat
    • Keanggotaan Meja Bulat Integriti Korporat
    • 5 Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-syarikat di Malaysia
  • RANTAIAN NILAI CISM
    • Proses Pelaksanaan Program
    • Status Penandatangan CIP
  • INISIATIF CISM
  • PUSAT SUMBER
  • PENANDATANGAN CIP
    • Senarai Penandatangan
  • SOALAN LAZIM
  • HUBUNGI KAMI
    • Muat Turun
    • Perundangan
    • Video
    • Berita/ Pengumuman

    SPRM Lancar AIMS

    SPRM Komited Anjur Bengkel Secara Maya

    Penubuhan IGU Bantu Syarikat Perangi Rasuah

    SPRM Terima Kunjungan Hormat SSM

    SPRM Serah Fungsi Pengerusi CISM Kepada Integriti Untuk Elak Percanggahan Kepentingan

    Mesyuarat Penambahbaikan CISM Perkasa Pencegahan Rasuah Sektor Swasta, Korporat

    Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Berkuat Kuasa Pada 1 Jun 2020

    CIP Diberi Nafas Baharu Dengan Strategi Yang Lebih Signifikan

    Bengkel Pembentukan Pelan Strategik ‘Corporate Integrity System Malaysia’ (CISM) 2020-2022

    * Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

    SHAH ALAM, 10 September 2019 - Bengkel Pembentukan Pelan Strategik ‘Corporate Integrity System Malaysia’ (CISM) 2020-2022 anjuran Cawangan Inisiatif Korporat, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) telah dihadiri oleh semua wakil Anggota Meja Bulat terlibat.

    Bengkel ini merupakan platform terbaik untuk memberikan pendedahan kepada semua Anggota Meja Bulat yang hadir bagi membincangkan dan mempersembahkan Pelan Strategi tindakan masing-masing mengikut fungsi yang selari dengan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) dan peruntukan Liabiti Korporat Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

    Di samping itu, bengkel tersebut juga memberi penekanan terhadap mengoptimumkan peranan utama setiap agensi dalam membentuk Pelan Strategik CISM 2020-2022 serta penambahbaikan kepada pembangunan portal CISM Ikrar Integriti Korporat (CIP) supaya lebih informatif, interaktif dan menjadi pusat rujukan pelaksanaan inisiatif korporat di Malaysia.

    Selaku Ahli Meja Bulat CISM, pegawai-pegawai kanan dari Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia, Institut Integriti Malaysia dan Transparency International Malaysia telah hadir bersama.

    Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula 5 September yang lalu di Hotel Best Western I-City Shah Alam telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan turut dihadiri oleh Pengarah BPMP Datuk Abd Aziz Aban, Timbalan Pengarah BPMP KPKPj Salwa Hj. Muharam dan pegawai-pegawai kanan BPMP.

Topik

Rantaian Nilai CISM
  • Proses Pelaksanaan Program
Inisiatif CISM
  • Kepimpinan
  • Kod Etika
  • Polisi Mengenai Pencegahan Rasuah
  • Pengurusan Risiko Rasuah
  • Latihan dan Komunikasi
  • Penilaian Prestasi
  • Pelaporan Pencegahan Rasuah
Muat Turun
  • Borang Permohonan
  • Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM
  • Templat Ikrar Integriti Korporat
  • Manual Pengguna Portal CISM
Penafian Dasar Privasi Notis Hakcipta

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
Tarikh Kemaskini: 15 Februari 2021
Statistik Pelawat: 209889