1. Apakah kepentingan CIP kepada organisasi/ syarikat?
Jawapan:
CIP sebagai persediaan awal bagi organisasi/ syarikat untuk
mempersiapkan organisasi/ syarikat dalam menghadapi undang-undang mengenai Liabiliti Korporat untuk rasuah
(Corporate Liability for Corruption) bagi membantu organisasi/ syarikat mereka bebas daripada amalan rasuah.
Undang-undang tersebut memerlukan syarikat untuk mengambil langkah yang mencukupi bagi memastikan rasuah tidak berlaku di organisasi/ syarikat.
2. Bagaimana dengan status penandatangan CIP yang terdahulu?
Jawapan:
Status penandatangan CIP yang terdahulu adalah terbatal dan perlu mendaftar semula untuk menyertai program CIP baharu.
Akan tetapi penandatangan CIP yang sebelum ini mempunyai kelebihan sekiranya telah berjaya melaksanakan 10 inisiatif CIP.
3. Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan CIP oleh organisasi/ syarikat?
Jawapan:
CIP membantu pembangunan kerangka antirasuah sesebuah organisasi/ syarikat. Namun ia tertakluk
kepada komitmen dan kesungguhan organisasi/ syarikat dalam melaksanakan kesemua inisiatif yang telah ditetapkan di samping menilai, memantau
dan melaporkan kemajuan pelaksanaan secara berkala.
4. Siapakah yang boleh menyertai program CIP?
Jawapan:
Program ini adalah fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai kategori organisasi dan
syarikat di dalam negara seperti berikut:
• Syarikat Multi Nasional Tempatan Dan Luar Negara
• Syarikat Senaraian Awam
• Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri
• Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)
• Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC)
• Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
• Syarikat Milik Kerajaan (GOC)
• Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan
• Syarikat Perusahaan Sederhana
• Syarikat Perusahaan Kecil dan Mikro (SME)
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Pertubuhan lain yang berdaftar di Malaysia
5. Mengapa program CIP tidak menjadi salah satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP)?
Jawapan:
Program CIP merupakan tools yang dilaksanakan secara sukarela yang
membantu organisasi/ syarikat melalui pengwujudan polisi-polisi pencegahan rasuah yang bersesuaian yang disyorkan oleh SPRM
untuk sektor swasta. Meskipun ia tidak menjadi inisiatif NACP, program ini dapat membantu organisasi/ syarikat untuk membangunkan
Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) yang merupakan inisiatif dalam NACP daripada aspek berikut:
• Menentukan pelbagai dasar/ polisi antirasuah yang perlu dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu mencegah rasuah,
• Mengenal pasti risiko rasuah dalam urusan harian organisasi dan langkah untuk mengatasinya, dan
• Menangani sebarang rasuah yang berlaku berdasarkan polisi dan prosedur yang telah ditetapkan.
6. Adakah pelaksanaan inisiatif di bawah program CIP dipantau oleh CISM?
Jawapan:
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif di dalam CIP tidak dipantau secara langsung oleh CISM
kerana program CIP menggunakan pendekatan self-declaration, di mana wakil organisasi/ syarikat perlu mengemaskini Senarai Semak Pelaksanaan
Inisiatif CISM pada bila-bila masa setelah permohonan menyertai program CIP diluluskan. Pasukan CISM hanya akan membuat lawatan pemeriksaan
ke organisasi/ syarikat yang terpilih bagi perkongsian amalan baik di organisasi/ syarikat berkenaan.
7. Bagaimana syarikat yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program CIP?
Jawapan:
Wakil organisasi/ syarikat boleh mendaftar akaun pengguna di Portal CISM iaitu
di https://cism.sprm.gov.my dan kemudian memohon untuk menyertai program dengan melengkapkan Borang Permohonan dan dokumen sokongan
serta mengemukakan Ikrar Integriti Korporat yang telah ditandatangani.
8. Adakah CIP boleh dijadikan salah satu pembelaan bagi memenuhi peruntukan tatacara mencukupi di bawah seksyen 17A Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
Jawapan:
Ya, CIP boleh dijadikan salah satu pembelaan bagi memenuhi peruntukan tatacara
mencukupi di bawah seksyen 17A. Namun ia bukanlah pembelaan yang mutlak dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada tatacara
tersebut mencukupi atau tidak.
9. Apakah yang perlu dilakukan oleh penandatangan CIP sekiranya tidak berjaya melaksanakan kesemua inisiatif yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun?
Jawapan:
Penandatangan CIP perlu memohon semula untuk menyertai program CIP dan melengkapkan semua
inisiatif dalam tempoh 2 tahun bagi membolehkan organisasi/ syarikat memperoleh status “Completed”.
1. Apakah kepentingan CIP kepada organisasi/ syarikat?
Jawapan:
CIP sebagai persediaan awal bagi organisasi/ syarikat untuk mempersiapkan organisasi/ syarikat dalam menghadapi undang-undang mengenai Liabiliti Korporat untuk rasuah (Corporate Liability for Corruption) bagi membantu organisasi/ syarikat mereka bebas daripada amalan rasuah. Undang-undang tersebut memerlukan syarikat untuk mengambil langkah yang mencukupi bagi memastikan rasuah tidak berlaku di organisasi/ syarikat.
2. Bagaimana dengan status penandatangan CIP yang terdahulu?
Jawapan:
Status penandatangan CIP yang terdahulu adalah terbatal dan perlu mendaftar semula untuk menyertai program CIP baharu. Akan tetapi penandatangan CIP yang sebelum ini mempunyai kelebihan sekiranya telah berjaya melaksanakan 10 inisiatif CIP.
3. Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan CIP oleh organisasi/ syarikat?
Jawapan:
CIP membantu pembangunan kerangka antirasuah sesebuah organisasi/ syarikat. Namun ia tertakluk kepada komitmen dan kesungguhan organisasi/ syarikat dalam melaksanakan kesemua inisiatif yang telah ditetapkan di samping menilai, memantau dan melaporkan kemajuan pelaksanaan secara berkala.
4. Siapakah yang boleh menyertai program CIP?
Jawapan:
Program ini adalah fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai kategori organisasi dan syarikat di dalam negara seperti berikut:
• Syarikat Multi Nasional Tempatan Dan Luar Negara
• Syarikat Senaraian Awam
• Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri
• Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)
• Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC)
• Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
• Syarikat Milik Kerajaan (GOC)
• Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan
• Syarikat Perusahaan Sederhana
• Syarikat Perusahaan Kecil dan Mikro (SME)
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Pertubuhan lain yang berdaftar di Malaysia
5. Mengapa program CIP tidak menjadi salah satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP)?
Jawapan:
Program CIP merupakan tools yang dilaksanakan secara sukarela yang membantu organisasi/ syarikat melalui pengwujudan polisi-polisi pencegahan rasuah yang bersesuaian yang disyorkan oleh SPRM untuk sektor swasta. Meskipun ia tidak menjadi inisiatif NACP, program ini dapat membantu organisasi/ syarikat untuk membangunkan Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) yang merupakan inisiatif dalam NACP daripada aspek berikut:
• Menentukan pelbagai dasar/ polisi antirasuah yang perlu dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu mencegah rasuah,
• Mengenal pasti risiko rasuah dalam urusan harian organisasi dan langkah untuk mengatasinya, dan
• Menangani sebarang rasuah yang berlaku berdasarkan polisi dan prosedur yang telah ditetapkan.
6. Adakah pelaksanaan inisiatif di bawah program CIP dipantau oleh CISM?
Jawapan:
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif di dalam CIP tidak dipantau secara langsung oleh CISM kerana program CIP menggunakan pendekatan self-declaration, di mana wakil organisasi/ syarikat perlu mengemaskini Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM pada bila-bila masa setelah permohonan menyertai program CIP diluluskan. Pasukan CISM hanya akan membuat lawatan pemeriksaan ke organisasi/ syarikat yang terpilih bagi perkongsian amalan baik di organisasi/ syarikat berkenaan.
7. Bagaimana syarikat yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program CIP?
Jawapan:
Wakil organisasi/ syarikat boleh mendaftar akaun pengguna di Portal CISM iaitu di https://cism.sprm.gov.my dan kemudian memohon untuk menyertai program dengan melengkapkan Borang Permohonan dan dokumen sokongan serta mengemukakan Ikrar Integriti Korporat yang telah ditandatangani.
8. Adakah CIP boleh dijadikan salah satu pembelaan bagi memenuhi peruntukan tatacara mencukupi di bawah seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
Jawapan:
Ya, CIP boleh dijadikan salah satu pembelaan bagi memenuhi peruntukan tatacara mencukupi di bawah seksyen 17A. Namun ia bukanlah pembelaan yang mutlak dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada tatacara tersebut mencukupi atau tidak.
9. Apakah yang perlu dilakukan oleh penandatangan CIP sekiranya tidak berjaya melaksanakan kesemua inisiatif yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun?
Jawapan:
Penandatangan CIP perlu memohon semula untuk menyertai program CIP dan melengkapkan semua inisiatif dalam tempoh 2 tahun bagi membolehkan organisasi/ syarikat memperoleh status “Completed”.