KEANGGOTAAN MEJA BULAT INTEGRITI KORPORAT
Meja Bulat Integriti Korporat merupakan usaha bersama antara semua anggota. Maka, adalah amat penting untuk memastikan setiap anggota memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dan seterusnya melaksanakannya demi kejayaan CISM. Terdapat tiga peranan yang telah digariskan dalam Terma Rujukan Anggota Meja Bulat Integriti Korporat seperti berikut:
Penjaga
Penjaga berperanan sebagai pusat rujukan status pelaksanaan inisiatif-inisiatif CISM oleh penandatangan Ikrar Integriti Korporat (CIP).
Pelaksana
Pelaksana memainkan peranan sebagai penghubung antara Meja Bulat Integriti Korporat dan organisasi yang diwakilkan, mempromosikan CISM kepada pemegang taruh dan bersama-sama mempertingkatkan rangkaian nilai CISM dari semasa ke semasa serta memberi khidmat nasihat mengenai pelaksanaan inisiatif-inisiatif CISM kepada penandatangan CIP yang perlukan bimbingan.
Penggalak
Penggalak memainkan peranan sebagai penghubung antara Meja Bulat Integriti Korporat dan organisasi yang diwakilkan, mempromosikan CISM kepada pemegang taruh dan bersama-sama mempertingkatkan rangkaian nilai CISM dari semasa ke semasa.
Berikut adalah senarai anggota-anggota Meja Bulat Integriti Korporat dan peranan mereka: