• SEJARAH CISM

    Kerajaan pada 27 Julai 2009 telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mengenalpasti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah di sektor awam dan swasta. NKRA dan KPI diperkenalkan bertujuan bagi memastikan elemen kebertanggungjawab yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. Sehubungan itu, pada tahun 2010, Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) ditubuhkan dengan kerjasama lapan (8) organisasi sebagai ahli Meja Bulat Integriti Korporat. Keahlian adalah terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia, Transparency International Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Bursa Malaysia Berhad dan NKRA Memerangi Rasuah.

    * Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

    Objektif utama CISM adalah untuk menerap nilai-nilai etika dan bebas rasuah ke dalam budaya perniagaan negara.

    Pada tahun 2011, program Ikrar Integriti Korporat/ Corporate Integrity Pledge (CIP) telah diperkenalkan untuk menginstitusikan struktur tadbir urus korporat dalam usaha memerangi rasuah. Rantaian Nilai CISM kemudiannya diperkenalkan untuk memudah dan menyelaraskan pelaksanaan CIP dalam komuniti perniagaan negara. Rantaian Nilai CISM membantu komuniti perniagaan mengenal pasti jurang dan cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan integriti korporat.

    * Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

    Pada tahun 2018, Rantaian Nilai CISM ini telah diperkemaskan bagi menambah baik mekanisme pelaksanaan dan pemantauan serta membantu komuniti perniagaan mewujudkan dan melaksanakan CISM di organisasi masing-masing.